KUALA LUMPUR, 20 MAC – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tanggung kerugian sebanyak RM500 ribu sekiranya seorang anggota pasukan khusus memilih untuk bersara awal dari perkhidmatan.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pertahanan dalam penyataan jawapan lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurutnya, angka kerugian tersebut adalah berdasarkan nilai kursus asas yang dihadiri oleh anggota.
“Ia merupakan angka (kerugian) tanpa melibatkan kursus kepakaran yang perlu dihadiri,” kata jawapan itu.
Tambahnya, Rejimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) ditakrifkan sebagai Pasukan Khusus di bawah perkhidmatan ATM.
“Mereka merupakan aset strategik negara yang menjadi strike force di dalam sebarang domain persekitaran kepelbagaian yang memberi impak dalam memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin,
“Bagi melatih seorang anggota pasukan khusus, , seseorang anggota ATM perlu menghadiri Kursus Asas Komando selama 12 minggu yang memerlukan ketahanan dari segi fizikal dan mental,
“Bagi melayakkan mereka diaturgerakkan dalam apa jua operasi, mereka perlu menghadiri kursus Asas Payung Terjun selama 5 minggu, Kursus Tempur Pegawai Muda selama 16 minggu bagi Pegawai dan Kursus Ahli Pasukan Khas selama 12 minggu bagi Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP),” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Lumut, Komander Nordin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) telah meminta Menteri Pertahanan untuk menyatakan peratusan anggota pasukan khusus yang telah memilih untuk bersara awal berbanding jumlah anggota yang telah berjaya tamat latihan.
Menyentuh perkara tersebut, Menteri Pertahanan menjelaskan jumlah anggota bersara awal adalah kecil.
“Berdasarkan rekod berakhir 31 Januari 2024, mulai tahun 2020 hingga 2024 sebanyak 0.9% anggota dari ketiga-tiga perkhidmatan (RGK, PASKAL dan PASKAU) telah memilih untuk bersara awal kerana telah ditawarkan kerja dengan gaji yang lebih tinggi,
“Jumlah ini amat rendah jika dibandingkan dengan jumlah semasa anggota Pasukan Khusus pada ketika ini,” katanya.
Dalam jawapan yang sama, Menteri Pertahanan menyatakan pihak kementerian dan ATM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi menambah baik skim perkhidmatan.
“Ini agar dapat menarik minat semua peringkat anggota ATM untuk terus kekal di dalam perkhidmatan sehingga tempoh persaraan wajib bagi memastikan Return of Investment (ROI) dapat diberikan kepada perkhidmatan dan kerajaan,” katanya. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #RGK #Komando #PASKAL #PASKAU