Home SemasaGlobal NATO perlu bersedia untuk hadapi konfrontasi berterusan dengan Rusia

NATO perlu bersedia untuk hadapi konfrontasi berterusan dengan Rusia

by M.Daim

BRUSSELS, 11 FEB – Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg menyatakan Rusia sedang mempertingkatkan kuasa ekonominya dalam menghadapi peperangan jangka panjang.

Menurut beliau, pihak NATO sewajarnya bersedia untuk hadapi kemungkinan konfrontasi dengan negara kuasa besar itu untuk satu tempoh yang panjang.

“NATO tidak mahu berlaku peperangan dengan Rusia,” kata Stoltenberg dalam satu wawancara dengan media Jerman, Welt am Sonntag.

Stoltenberg menyatakan, sekiranya Rusia memenangi perang di Ukraine, tiada sebarang jaminan bahawa konflik serupa tidak akan merebak ke wilkayah lain.

Beliau menegaskan cegah rintang hanya akan memberikan kesan sekiranya ia adalah kredibel.

Jelasnya, pertahanan yang baik pada ketika ini adalah untuk membantu Ukraine dan melabur dalam keupayaan tentera NATO.

“Kita perlu memulihkan dan mengembangkan perindustrian pertahanan dengan lebih cepat,

“Ini bagi memastikan jumlah bantuan ke Ukraine dapat dipertingkatkan dan juga menambah stok pertahanan NATO,

“Maknanya, kita perlu beralih dari tempo pengeluaran yang perlahan pada masa aman kepada lebih pantas, seperti yang diperlukan semasa konflik,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply