Home SemasaGlobal Filipina ronda bersama kapal LCS di Laut China Selatan

Filipina ronda bersama kapal LCS di Laut China Selatan

by M.Daim

MANILA, 11 FEB –  Tentera Laut Filipina telah melaksanakan rondaan bersama dengan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) di Laut China Selatan.

Rondaan bersama ini melibatkan kapal BRP GREGORIO DEL PILAR dan USS GABRIELLE GIFFORDS.

Rondaan bersama yang dikenali sebagai Maritime Cooperative Activity (MCA) adalah kali ketiga diadakan oleh kedua-dua pihak.

Menurut pihak US Indo-Pacific Command (USINDOPACOM), rondaan bersama ini merupakan komitmen antara kedua-dua pihak dalam mendukun keamanan dan keselamatan serantau.

“MCA memperlihatkan hubungan yang telah terjalin diantara kedua-dua pasukan tentera dan meningkatkan keupayaan bersama dalam domain maritim,

“Ia dilakukan melalui aktiviti muhibah di laut,” kata USINDOPACOM dalam satu kenyataan.

Menurutnya, aktiviti yang dilaksanakan pada Jumaat lalu turut melibatkan pelayaran bersama, melaksanakan perancangan dan juga komunikasi bagi mempertingkatkan daya saling operasi di antara kedua-dua pihak

MCA kali pertama diadakan pada November 2023 dan kali terakhir diadakan adalah pada awal Januari lalu.

USS GABRIELLE GIFFORDS merupakan kapal LCS kelas INDEPENDENCE yang dioperasikan oleh US Navy semenjak tahun 2017. Kapal ini menggunakan rekaan trimaran dan dihasilkan oleh General Dynamics.

Dari segi persenjataan, USS GABRIELLE GIFFORDS dilengkapi dengan meriam utama 57mm Mk 110. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan RIM-116 SeaRam dan 8 unit misil NSM.

BRP GREGORIO DEL PILAR merupakan bekas kapal cutter yang dioperasikan oleh Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) pada satu ketika dahulu. Kapal yang dibina pada lewat 1960-an ini telah diserahkan kepada Filipina pada tahun 2011.

Sebanyak 3 buah kapal ini telah diterima oleh Filipina. 2 buah kapal yang lain adalah BRP RAMON ALCARAZ dan BRP ANDRES BONIFACIO. Ketiga-tiga kapal ini telah dikelaskan sebagai kapal peronda luar pesisir (OPV) DEL PILAR.

Kapal OPV kelas ini adalah mempunyai panjang 115.2 meter dan dilengkapi dengan mariam 76mm mark 75 Oto Melara. Selain itu, kapal ini juga dilengkapi dengan 3 laras meriam automatik 25mm Mk 38. – airtimes.my

#AirTimes #Global #USINDOPACOM

Related Articles

Leave a Reply