if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Black Eagles, pesawat B-52 antara yang akan meriahkan Singapore Airshow 2024

Black Eagles, pesawat B-52 antara yang akan meriahkan Singapore Airshow 2024

by M.Daim

SINGAPURA, 10 Februari – Segmen pertunjukan Singapore Airshow untuk edisi 2024 kali ini dijangka terbesar dalam sejarah penganjurannya.

Pameran udara yang diadakan secara dwitahunan ini akan menyaksikan kehadiran pasukan aerobatik dari India, Sarang.

Menurut pihak penganjur, kehadiran pasukan aerobatik dari Asia Selatan ini merupakan kali pertama untuk pameran Singapore Airshow.

“Pertunjukan udara oleh pasukan aerobatik negara asing turut melibatkan Roulettes (Tentera Udara Diraja Australia), Jupiter (TNI-AU) dan Black Eagles (ROKAF),

“Pesawat pengebom B-52 Stratorfortress dari Tentera Udara Amerika Syarikat pula akan melakukan penerbangan lintas pada 22 Februari,” katanya dalam satu kenyataan.

AH_64D Apache Tentera Udara Singapura akan melakukan pertunjukan integrasi dengan pesawat F-15SG semasa Singapore Airshow 2024. Foto: Experia

Segmen pertunjukan udara Singapore Airshow 2024 ini juga akan menyaksikan pertunjukan gabungan jet pejuang F-15SG dan helikopter tempur AH-64D.

Selain itu, syarikat pengeluar pesawat China, COMAC akan menerbangkan pesawat C919 semasa pameran ini.

Pesawat Airbus A350-1000 turut melakukan penerbangan pertunjukan untuk Singapore Airshow 2024.

Menurut Pengarah Urusan Experia, Leck Chet Lam, segmen penerbangan udara merupakan sorotan utama Singapura Airshow.

“Kami menjangkakan sambutan pada kali ini adalah lebih baik berbanding edisi sebelum ini,

“Ini kerana penganjuran Singapore Airshow terdahulu mengehadkan akses umum berikutan langkah keselamatan semasa pandemik,” katanya. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #SingaporeAirshow2024

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?