Home SemasaGlobal Kataib Hezbollah umum gantung sebarang serangan terhadap tentera US

Kataib Hezbollah umum gantung sebarang serangan terhadap tentera US

by M.Daim

BAGHDAD, 31 JAN – Kumpulan bersenjata pro-Iran, Kataib Hezbollah telah mengumumkan untuk menggantung sebarang operasi serangan terhadap tentera Amerika Syarikat di rantau Asia Barat.

Menurutnya, operasi serangan dihentikan bagi mengelakkan sebarang kesan kepada kerajaan Iraq.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Aung Kataib Hezbollah, Abu Hussein al-Hamidawi dalam satu kenyataan.

“Kami memutuskan untuk menggantung sebarang operasi ketenteraan dan keselamatan terhadap pasukan penjajah,

“Ini bagi mengelakkan sebarang kesan atau memalukan kerajaan Iraq,

“Kami akan terus mempertahankan penduduk Gaza dengan cara yang lain,” katnaya.

Kataib Hezbollah merupakan sebahagian daripada jaringan gerakan Islamic Resistance in Iraq (IRI). Kumpulan ini turut merangkumi Harakat Hezbollah al-Nujaba, Asa’ib Ahl al-Haq dan Kata’ib Sayyid al-Shuhada.

Jaringan ini merupakan antara yang digabungkan dibawah kumpulan yang dikenali Axis of Resistance. Axis of Resistance adalah istilah yang digunakan oleh kumpulan yang melancarkan serangan terhadap Israel dan Amerika Syarikat di beberapa lokasi.

Ini termasuklah di Lubnan, Yaman, Iraq, dan Syria semenjak 7 Oktober lalu.

Kataib Hezbollah merupakan antara kumpulan bersenjata yang ditubuhkan selepas Perang Iraq 2003 dan merupakan antara kumpulan yang mempunyai hubungan rapat dengan Iran.

Terdahulu, Washington memberi amaran mereka akan membalas serangan yang dilancarkan terhadap sebuah pangkalan tentera di kawasan sempadan Syria-Jordan-Iraq.

Serangan yang dilancarkan pada Ahad lalu telah meragut 3 nyawa anggota tentera Amerika Syarikat dan menyebabkan lebih 70 lagi cedera.

Kumpulan IRI mengaku bertanggungjawab dalam melancarkan serangan menggunakan UAV.

Iran melalui jurucakap Kementerian Luarnya menafikan penglibatan Tehran di dalam serangan tersebut dan menegaskan kumpulan bersenjata di rantau itu bertindak atas keputusan mereka sendiri. – airtimes.my

#AirTimes #Iran #Iraq

Related Articles

Leave a Reply