Home Semasa Tiada Raya mengejut tahun ini: 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu

Tiada Raya mengejut tahun ini: 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 APRIL – Umat Islam di seluruh negara akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada 22 April 2023.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, hari ini.

Umat Islam di negara ini telah menunaikan ibadah puasa semenjak 23 Mac lalu.

Pengumuman tersebut sekaligus menolak tepi dakwaan bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Jumaat (21 April) yang tular semenjak akhir-akhir ini.

Ini berikutan sambutan Aidilfitri yang pertama diraikan pasca Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun lalu dianggap sebagai Hari Raya mengejut. Pada ketika itu, rakyat Malaysia menyambut 1 Syawal pada 2 Mei 2022, sehari lebih awal berbanding jangkaan pada kalendar.

Menurut laman rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, kaedah penetapan tarikh Hari Raya di negara ini berdasarkan cerapan anak bulan (rukyah) dan kiraan (hisab).

“Rukyah ditentukan melalui pencerapan di kesemua 29 tempat yang disenaraikan Tempat-Tempat Cerapan Hilal,

“Laporan daripada pegawai pencerapan meliputi fakta waktu mencerap dan keadaan cuaca ketika mencerap,” katanya.

Tambahnya, kaedah yang sama turut ditentukan bagi tarik permulaan Puasa (1 Ramadhan) dan Hari Raya Aidiladha. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply