Home Semasa Jangan muat naik, kongsi kandungan berbaur kebencian isu kaum, agama, raja – SKMM

Jangan muat naik, kongsi kandungan berbaur kebencian isu kaum, agama, raja – SKMM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Orang ramai sekali lagi diingatkan agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan atau pandangan yang berbaur kebencian membabitkan elemen 3R (perkauman, agama dan Institusi Diraja) di media sosial atau aplikasi pemesejan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata, peringatan tersebut dibuat susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R, yang berlaku semenjak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian di dalam negara.

Tegasnya, insiden sedemikian dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian dalam negara.

“Ucapan berbaur kebencian, merujuk kepada kata-kata ucapan ataupun gambar yang menuduh, merendah-rendahkan nilai seseorang individu atas faktor perkauman, etnik, agama, mahupun kewarganegaraan mereka,

“Sehubungan itu, beliau berkata MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik, membabitkan unsur 3R,” katanya dalan satu kenyataan hari ini.

Mohamad Salim menegaskan, sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam, merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Mohamad Salim turut menggesa pentadbir portal berita dalam talian, media sosial dan aplikasi pemesejan, untuk menguruskan komen-komen daripada netizen di platform mereka.

“Pihak penyedia platform media sosial pula, diminta untuk lebih bertanggungjawab dalam menurunkan kandungan-kandungan berbaur provokatif dan berbahaya apabila dikesan,” jelasnya.

Beliau berkata, sekiranya terjumpa kandungan berbaur hasutan, provokasi ataupun elemen 3R, orang ramai diminta segera laporkan insiden tersebut kepada MCMC, melalui portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.skmm.gov.my/; talian aduan 1800-188-030; WhatsApp di 016 2206 262 dan e-mel di [email protected].

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/,” tambahnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply