Home Teknologi Pertahanan Jet pejuang Rafale Tentera Udara Mesir capai 10,000 jam penerbangan

Jet pejuang Rafale Tentera Udara Mesir capai 10,000 jam penerbangan

by M.Daim

KAHERAH, 9 Mac –  Jet pejuang Rafale keluaran Dassault yang dioperasikan oleh Tentera Udara Mesir telah mencapai 10,000 jam penerbangan.

Pihak Dassault Aviation dalam satu kenyataan berkata, satu majlis meraikan pencapaian tersebut telah diadakan di sebuah pangkalan udara Mesir.

“Pencapaian ini sekaligus mengesahkan keupayaan operasi dan teknologi Rafale serta kualiti latihan yang diterima oleh Mesir di Perancis,

“Ia turut mempamerkan keberkesanan sistem dan tenaga kerja yang terlibat dalam usaha Dassault Aviation dalam menyokong operasi jet pejuang ini oleh Tentera Udara Mesir,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Dassault, Eric Trappier menyatakan kejayaan 10,000 jam penerbangan itu menunjukkan kemahiran yang dipamerkan oleh Tentera Udara Mesir, Rafale dan Dassault Aviation.

Mesir dan Perancis mempunyai hubungan diplomatik dan strategik yang hampir memasuki 50 tahun.

Negara Afrika Utara itu merupakan pelanggan eksport pertama jet pejuang Rafale melalui perolehan yang dibuat pada tahun 2015 dan disusuli perolehan kedua pada tahun 2021. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply