Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Tuan Ibrahim dakwa kes Muhyiddin pertuduhan terpilih

Tuan Ibrahim dakwa kes Muhyiddin pertuduhan terpilih

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, tuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersifat kepada pertuduhan terpilih.

“Isu itu membabitkan UMNO berhubung isu percanggahan surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),

“Ini sebahagian usaha untuk tutup bagi melarikan dari isu sebenar bagi melindungi dan memihak satu isu yang besar berlaku dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH),

“Kita yakin bahawa tuduhan ini adalah ‘pertuduhan’ terpilih dan kita harap Muhyiddin akan selamat dan dipelihara oleh Allah,” katanya di luar bangunan Ibu Pejabat Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPRM), hari ini.

Tuan Ibrahim bersama pimpinan lain PN hadir bagi memberi sokongan kepada Muhyiddin yang dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan mengadakan solat hajat malam ini di markas PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur sebagai menyatakan sokongan terhadap presiden BERSATU itu.

Selain itu katanya satu lagi himpunan akan berlangsung di Rusila, Terengganu pada malam ini.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM pukul 11.15 tadi bagi memberi keterangan kepada SPRM dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Turut hadir memberi sokongan adalah Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan juga Ketua Penerangan, Datuk Razali Idris.

Ketibaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu disambut dengan laungan ‘Hidup Tan Sri’ oleh kira-kira 500 penyokongnya yang hadir sejak jam 10 pagi.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply