Home SemasaGlobal Belanda hantar F-35 pintas 3 pesawat tentera Rusia

Belanda hantar F-35 pintas 3 pesawat tentera Rusia

by M.Daim

AMSTERDAM, 14 Feb – 2 buah pesawat F-35 Tentera Udara Belanda telah memintas 3 pesawat tentera Rusia di ruang udara berhampiran Poland.

Kementerian Pertahanan Belanda dalam satu kenyataan berkata, 2 pesawat F-35 telah digegaskan dari Pangkalan Udara Malbork, Poland.

“2 buah F-35 telah diterbangkan selepas satu formasi pesawat yang tidak dikenali terbang menghampiri Poland dari arah Kaliningrad,

‘Selepas dikenalpasti, formasi tersebut merangkumi pesawat peninjau Ilyushin Il-20M dan 2 buah pesawat Su-27 milik Rusia,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Jelasnya, pesawat tersebut terus mengiringi formasi tersebut dan menyerahkan tugas memantau kepada negara rakan NATO.

Menurut Kementerian Pertahanan Belanda, 8 buah F-35 milik tentera udara negara itu berada di Poland bagi tujuan penugasan NATO untuk tempoh Februari-Mac. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply