Home Semasa Giliran Sepanyol tolak rayuan tuntut Sabah, malang berganda buat ‘waris’ Sultan Sulu

Giliran Sepanyol tolak rayuan tuntut Sabah, malang berganda buat ‘waris’ Sultan Sulu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, tuntutan ‘waris’ Kesultanan Sulu telah ditolak oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol.

Perkembangan terbaharu ini umpama malang berganda bagi pihak ‘waris’ Kesultanan Sulu yang sebelum telah ditolak oleh Mahkamah Luxermbourg pada 27 Januari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam kes tuntutan oleh ‘waris’ kerajaan Sulu.

“Pihak Mahkamah Perlembagaan Sepanyol telah menolak rayuan yang difailkan oleh ‘waris’ Kesultanan Sulu terhadap pembatalan status pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dalam kes tuntutan,

“Pihak kerajaan telah pun menerima pengesahan rasmi keputusan terhadap rayuan oleh ‘waris’ Sultan Sulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mahkamah Sepanyol telah menolak rayuan tersebut dan sekaligus membatalkan kedudukan Stampa secara mutlak.

“Pihak mahkamah Sepanyol  turut mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara yang didapati tidak mengikut undang-undang,

“Beliau didapati tidak mempunyai sebarang kapasiti atau kuasa untuk bertindak mahupun menganugerahkan tuntutan,” jelas Azalina.

Dalam pada itu, Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi menegaskan keputusan oleh pihak Mahkamah Perlembagaan Sepanyol secara tidak langsung mengesahkan polisi kerajaan untuk terus mempertahankan kedaulatan Malaysia. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply