Home Politik PRU15: Muhyiddin, Syed Saddiq pertahan kerusi Parlimen disandang

PRU15: Muhyiddin, Syed Saddiq pertahan kerusi Parlimen disandang

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 19 Nov – Parlimen Pagoh menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengekalkan kerusi itu selepas menang besar dengan memperoleh 24,986 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menang majoriti sebanyak 10,007 undi menewaskan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Razali Ibrahim (14,426 undi) dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah (14,979 undi).

Pada PRU14 lalu, Muhyiddin menewaskan Ismail Mohamed Said dari UMNO dan Ahmad Nawfal Mahfodz (16,631) dari parti PAS (2, 483).

Muhyiddin memperoleh sebanyak 23, 558 undi dengan menang majoriti 6, 927 pada pilihan raya 2018.

Sementara itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah pertahan kerusi Parlimen Muar hari ini.

Keputusan rasmi Parlimen Muar

Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen itu meraih 19,961 undi meninggalkan pencabarnya iaitu calon (BN), Mohd Helmy Abd. Latif (18,616) dan calon (PN) Abdullah Husin iaitu (14,581).

Terdahulu, pada PRU14, Syed Saddiq yang bertanding atas tiket PH menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar ketika itu, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi.

PRU14 lalu, Syed Saddiq menang dengan memperoleh 22, 341 undi menewaskan calon BN Razali Ibrahim (15,388) dan PAS Abdul Aziz Talib (4,354). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply