Home PolitikBarisan Nasional PRU15: Hishammuddin jauh tinggalkan pencabarnya di Sembrong

PRU15: Hishammuddin jauh tinggalkan pencabarnya di Sembrong

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mempertahankan kerusi di Parlimen Sembrong buat penggal kelima berturut-turut selepas menang dengan majoriti majoriti besar, 10,880 undi mengalahkan 2 calon yang lain.

Setakat jam 10.37 malam, beliau memperoleh 22,572 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH) diwakili Hasni Abas dari PKR mendapat 11,692 undi.

Seorang lagi pencabar beliau dari parti Perikatan Nasional (PN), Aziz Ismail hanya memperoleh 6,666 undi.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply