Home Semasa PRU15: Polis tutup, lencong sebahagian jalan berhampiran Istana Negara

PRU15: Polis tutup, lencong sebahagian jalan berhampiran Istana Negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Polis menutup dan membuat lencongan di beberapa laluan berhampiran Istana Negara bermula 7 malam ini hingga diberitahu kelak.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis, Amihizam Abdul Shukor berkata, lencongan jalan dilaksanakan di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) dari Kuala Lumpur menghala keluar ibu negara (Plaza Tol Duta).

“Penutupan jalan dari susur masuk dari Pusat Bandaraya; susur masuk Jalan Tuanku Abdul Halim ke Jalan Semantan; Jalan Semantan ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan susur masuk dari Jalan Semantan ke Jalan Changkat Semantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penutupan dan lencongan ini bertujuan untuk kelancaran proses pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Pengguna jalan raya sekitar Kuala Lumpur dinasihatkan merancang semula perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau tersangkut dalam lencongan berikutan penutupan jalan,

“Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi segala arahan daripada pihak polis bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!