Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PRU15: Hilang deposit, Tun Mahathir kalah teruk di Langkawi

PRU15: Hilang deposit, Tun Mahathir kalah teruk di Langkawi

by Nurulhuda

LANGKAWI, 19 Nov – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad kalah teruk di Parlimen Langkawi apabila hanya memperolehi 4,566 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kerusi itu dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah, yang memperoleh 25,463 undi dan mendapat majoriti sebanyak 13,518.

Tiga calon lain iaitu Datuk Armishah Siraj dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 11,945 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya sebanyak 5,417 undi.

Pada PRU14, beliau menang di kerusi tersebut dengan majoriti 8,893 undi menewaskan calon BN, Datuk Nawawi Ahmad dan calon Pas, Zubir Ahmad.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply