Home PolitikBarisan Nasional PRU15: BN akur kekalahan, sedia beri kerjasama

PRU15: BN akur kekalahan, sedia beri kerjasama

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menganggap bahawa keputusan PRU-15 ini merupakan suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap partinya.

Namun begitu, beliau menjelaskan, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.

“Kami (BN) kami bersedia mengetepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini,

“BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak,

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” jelasnya dalam kenyataan awal pagi ini.

Selain itu, Zahid turut menjelaskan, dalam masa terdekat, BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekutan partinya terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu.

Sehingga pukul 1.30 pagi Ahad, BN hanya memperoleh 23 kerusi Parlimen jauh ketinggalan berbanding Pakatan Harapan (PH) sebanyak 52 kerusi dan Perikatan Nasional 53 kerusi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply