Home Semasa SPR gantung 11 Pusat Mengundi kerana cuaca buruk

SPR gantung 11 Pusat Mengundi kerana cuaca buruk

by M.Daim

PUTRAJAYA, 19 Nov – Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) hari ini menyatakan keputusan untuk menggantung pengundian di 11 Pusat Mengundi di Parlimen Baram.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan berkata, keputusan dibuat berikutan keadaan cuaca yang tidak baik dan menyebabkan petugas pilihanraya tidak dapat sampai ke tempat mengundi sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

“Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian,” katanya. – airtimes.my

Berikut adalah senarai Pusat Mengundi dan Saluran Mengundi terjejas yang dinyatakan oleh SPR:

  1. Sekolah Kebangsaan Long Naah – Saluran 1&2
  2. Sekolah Kebangsaan Long Luteng – Saluran 2
  3. RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah – Saluran 1&2
  4. Sekolah Kebangsaan Long Sait – Saluran 2
  5. Sekolah Kebangsaan Long Tungan – Saluran 1&2
  6. Sekolah Kebangsaan Long Moh – Saluran 1&2
  7. Sekolah Kebangsaan Long Mekabar – Saluran 1
  8. Sekolah Kebangsaan Long Jekitan – Saluran 1&2
  9. Sekolah Kebangsaan Long Lamei – Saluran 2
  10. Sekolah Kebangsaan Lio Mato – Saluran 1&2
  11. Sekolah Kebangsaan Long Banga – Saluran 1&2

Related Articles

Leave a Reply