Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Latihan SEASAR GADING perkasa kesiagaan anak kapal pesawat EC 725 AP, anggota PASKAU

Latihan SEASAR GADING perkasa kesiagaan anak kapal pesawat EC 725 AP, anggota PASKAU

by Nurulhuda

PULAU PANGKOR, 8 Nov 22 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) telah melaksanakan latihan Sea Search and Rescue GADING (SEASAR GADING) di sekitar kawasan latihan Pulau Pangkor bermula 1 hingga 6 November lalu.

Menurut TUDM, latihan ini telah melibatkan anggota dari No 10 Skuadron (Skn) di bawah naungan Markas MAWILUD 1 bersama Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Menurut TUDM, latihan ini mendapat bantuan teknikal serta kerjasama daripada pihak Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB).

“Latihan ini diadakan oleh skuadron bagi memenuhi keperluan latihan perairan bagi anak kapal No 10 Skn dan anggota Detasmen Combat Air Rescue (CAR),

“Selain daripada itu, latihan ini dapat mengekalkan tahap kesiapsiagaan anak kapal pada tahap tertinggi serta meningkatkan kecekapan, kompetensi anak kapal dan anggota Det CAR dalam melaksanakan tugas carilamat serta sebagai persediaan menghadapi situasi sebenar,

“Antara latihan yang dijalankan adalah Life Hoisting, Transaco Procedure, Rescue Basket dan Navigasi Bot Siang Malam, Waterjump dan latihan menyelam bagi anggota CAR,

“Di samping itu, latihan AirTEP melibatkan helicopter EC 725 AP merupakan latihan yang julung kali dilaksanakan di dalam Eksesais SEASAR GADING kali ini bagi memperkasakan kompetensi anak kapal dan anggota Det CAR,” jelas TUDM menerusi hantaran di media sosialnya malam tadi.

Tambah TUDM, sepanjang latihan berlangsung, semua anggota yang terlibat telah memberi komitmen dan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.

“Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada MPAB, Malaysia Airport Holding Berhad dan agensi- agensi yang telah banyak membantu menjayakan latihan SEASAR GADING pada kali ini,

“Secara keseluruhannya, latihan kali ini telah mencapai objektif dan misi yang ditetapkan dengan kerjasama jitu dan usaha bersepadu semua pihak yang terlibat,” ujar TUDM. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply