Home PolitikBarisan Nasional PRU15: BN perkenal PADU dalam manifesto, janji sekolah tanpa buku teks

PRU15: BN perkenal PADU dalam manifesto, janji sekolah tanpa buku teks

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Barisan Nasional akan memperkenalkan Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks sebagai salah satu inisiatif bagi agenda pendigital pendidikan di dalam negara jika menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan memperkenalkan inisiatif itu yang akan menyaksikan pembelajaran berlangsung menggunakan laptop atau komputer riba.

“Untuk itu, BN akan memberi komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 dan memastikan 100 peratus liputan internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan,

“Perkara ini akan membantu menyelesaikan isu-isu seperti beg sekolah yang berat serta membolehkan kemas kini sukatan pelajaran dilakukan dengan lebih pantas dan mudah,” katanya dalam siaran langsung di laman Facebook BN, malam tadi.

Sementara itu, di peringat pengajian tinggi pula Zahid menjelaskan, BN akan memberikan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak dalam kalangan B40, di mana ia adalah sebahagian usaha serius kita untuk membasmi kemiskinan secara strategik, adil dan bersifat jangka panjang.

“Selain itu, BN jug menawarkan sistem pengajian anjal iaitu 50 peratus pengajian di kampus, dan 50 peratus lagi secara dalam talian atau jarak jauh yang akan sekali gus mengurangkan sehingga separuh kos pengajian,

“Bukan itu sahaja, semua mahasiswa atau sesiapa sahaja yang melakukan ‘internship’ (latihan industri) akan diwajibkan bayaran elaun oleh majikan,” ujarnya.

Zahid menjelaskan, inisiatif ini dirancang kerana BN sedar pendidikan bukan sahaja pertahanan terbaik atau our best defence, malah senjata ampuh atau our best weapon dalam memerangi kekurangan serta kesenjangan hidup.

Terdahulu, Zahid memperkanalkan Perancangan Amal dan Usaha BN untuk Malaysia yang tercinta atau PADU sebagai tawaran untuk rakyat pada PRU15.

Jelasnya, PADU ialah pelan yang serius dan rasional, mempunyai sasaran yang jelas dan pelan yang BN akan amal serta usahakan dengan sebaiknya demi kemaslahatan semua.

Menurutnya, 5 asas utama dalam 99 perkara yang dibawakan dalam manifesto BN untuk PRU15 kali ini di bawah PADU.

Ia termasuklah penyelesaian kos sara hidup tinggi; pendidikan percuma dan warga emas; dan keterangkumam serta pengikhtirafan kerencaman.

Selain itu BN turut memfokuskan amalan politik, permit import hutan dan pembentukan kerajaan yang kuat serta stabil.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply