Home PolitikPakatan Harapan Tun M orang pertama `demam’ bila saya jadi PM 20 Nov ini – Anwar

Tun M orang pertama `demam’ bila saya jadi PM 20 Nov ini – Anwar

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=EUdprCjPSWQ[/embedyt]

 

BUTTERWORTH, 7 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal kenyataan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau tidak akan menyokong PH kerana bersetuju membentuk pakatan bersama UMNO.

Pengerusi PH itu menegaskan, dakwaan mengenai kerjasama dengan UMNO itu tidak benar dan ia dibuat oleh orang dalaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, beliau menuntut pihak terbabit menunjukkan bukti rundingan itu pernah diadakan.

“Mahathir hari ini kata ‘bukan saya tak mahu sokong PH, tapi mereka bekerjasama dengan Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)’. Ni orang tua ni nak kena,”

“Yang mula cerita kita (PH) pakat dengan Zahid (BN) ialah (Muhyiddin) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang,

“Bila saya runding dengan Zahid? Bila saya kata nak pakat dengan Zahid? Mana buktinya?, katanya dalam ceramah di Jelajah Mega Harapan di pekarangan Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.

Dalam masa yang sama, dengan nada berseloroh berkata, Anwar berkata, Tun Dr. Mahathir akan menjadi orang pertama yang ‘demam’ apabila beliau diangkat menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun kata Anwar, beliau sentiasa mendoakan kesihatan buat bekas Perdana Menteri itu.

“Sebaik saja saya jadi PM pada 20 haribulan (sehari selepas pengundian pada 19 Nov), orang pertama yang akan demam ialah Dr Mahathir,

“Tapi sudah tentu saya mendoakan kesihatan beliau,” ujarnya.

Ceramah itu turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply