Home Semasa 397 kawasan di Lembah klang alami gangguan bekalan air

397 kawasan di Lembah klang alami gangguan bekalan air

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Sebanyak 397 kawasan di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula 10 pagi tadi.

Air Selangor memaklumkan, operasi di loji rawatan air Langat 2 terpaksa dihentikan sementara berikutan kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong pada 4.30 pagi tadi yang menyebabkan pencemaran kimia di Sungai Semantan

Katanya, kawasan yang terlibat adalah Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan).

“LRA Langat 2 dijangka beroperasi semula pada jam 3.30 petang ini bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan dan akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila sistem agihan bekalan air stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas. Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa,

“Bekalan air terawat dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan,

“Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti yang dipaparkan,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply