Home Semasa Dewan Rakyat lulus RUU anti lompat parti

Dewan Rakyat lulus RUU anti lompat parti

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan larangan Ahli Parlimen menukar parti diluluskan di Dewan Rakyat hari ini selepas bacaan kali ketiga dengan sokongan majoriti lebih 2 pertiga pada Khamis.

Seramai 209 Ahli Parlimen yang hadir mengundi untuk menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti sementara 11 lagi ahli Parlimen tidak hadir.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas selesai kiraan dibuat pada jam 5.12 petang.

RUU yang diluluskan hari ini memenuhi salah satu perkara utama yang dimeterai dalam memorandum persefahaman (MOU) antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH).

PH sebelum ini berdepan ahli keluar parti pada 2020 yang menyebabkannya tumbang selepas mentadbir pentadbiran kerajaan selama 22 bulan.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply