Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemangku Presiden Sri Lanka isytihar darurat seluruh negara – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Pemangku Presiden Sri Lanka isytihar darurat seluruh negara

Pemangku Presiden Sri Lanka isytihar darurat seluruh negara

by Air Times News Network

COLOMBO, 18 Jul – Pemangku Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara berkuatkuasa pada Isnin.

Menurut laporan agensi berita Xinhua memaklumkan, notis warta khas menyatakan Wickremesinghe mengisytiharkan darurat adalah demi kepentingan keselamatan awam, melindungi ketenteraman awam dan penyelenggaraan bekalan serta perkhidmatan penting untuk kehidupan masyarakat.

Parlimen Sri Lanka dijadual memilih presiden baharu pada 20 Julai berikutan peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa.

Gotabaya telah melarikan diri ke Singapura melalui Maldives, di tengah-tengah krisis ekonomi yang teruk di negara Asia Selatan itu.

Pencalonan untuk calon presiden akan diadakan pada hari Selasa.

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?