COLOMBO, 18 Jul – Pemangku Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara berkuatkuasa pada Isnin.
Menurut laporan agensi berita Xinhua memaklumkan, notis warta khas menyatakan Wickremesinghe mengisytiharkan darurat adalah demi kepentingan keselamatan awam, melindungi ketenteraman awam dan penyelenggaraan bekalan serta perkhidmatan penting untuk kehidupan masyarakat.
Parlimen Sri Lanka dijadual memilih presiden baharu pada 20 Julai berikutan peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa.
Gotabaya telah melarikan diri ke Singapura melalui Maldives, di tengah-tengah krisis ekonomi yang teruk di negara Asia Selatan itu.
Pencalonan untuk calon presiden akan diadakan pada hari Selasa.