Home SemasaGlobal Kanada-Denmark setuju tamatkan perang 49 tahun

Kanada-Denmark setuju tamatkan perang 49 tahun

by M.Daim

OTTAWA, 15 Jun – Perebutan selama 49 tahun ke atas sebuah pulau batuan di utara Kanada tamat selepas negara itu dan Denmark telah mengambil jalan penyelesaian diplomatik.

Pulau Hans (Hans Island) merupakan pulau batuan yang terletak  di antara wilayah Kanada dan Greenland, wilayah autonomi Denmark.

Menteri Luar Kanada dan Denmark telah meterai perjanjian untuk membahagikan kawasan pulau mengikut persetujuan kedua-dua pihak pada 13 Jun lalu.

“Ini memberikan isyarat jelas pada ketika negara kuasa besar sedang melanggar undang-undang antarabangsa,” kata Menteri Luar Denmark, Jeppe Kofod.

Pulau batuan yang terletak ditengah-tengah Selat Nares ini berkedudukan 18 kilometer dari pesisir Kanada dan juga Greenland. Kedudukan yang unik ini telah menyebabkan perebutan antara kedua-dua negara melalui perang.

Namun begitu, perang yang berlaku dikatakan sebagai perang paling aman dalam sejarah.

Kedua-dua negara saling menukar bendera yang telah dipasang pada pulau tersebut.

“Ia merupakan perang yang paling aman. Dengan melihat keadaan dunia sekarang, kami (Denmark dan Kanada) mahu memberikan momentum dan nafas baharu dalam mencari penyelelasaian (terhadap isu ini),: kata Mélanie Joly dipetik oleh media Kanada.

Melalui perjanjian baharu ini, Pulau Hans berkeluasan 1.3 kilometer per segi itu akan dibahagikan mengikut garis sempadan yang dipersetujui dalam perjanjian itu.

Sekiranya perjanjian tersebut telah dipersetujui oleh parlimen Kanada, Greenland dan Denmark, ia akan melengkapkan satu garis sempadan maritim yang terpanjang di dunia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply