Home PolitikPakatan Harapan PH gesa Perdana Menteri segera bahas RUU Anti Lompat Parti di Parlimen

PH gesa Perdana Menteri segera bahas RUU Anti Lompat Parti di Parlimen

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Pakatan Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera mengadakan sidang khas Parlimen bagi membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan bersama berkata, Ismail Sabri perlu menunaikan janji untuk membahaskan RUU berkenaan memandangkan beliau telah beberapa kali memberikan komitmen mengenai perkara berkenaan.

“Selain RUU, sidang khas Parlimen ini juga harus membincangkan permasalahan dihadapi rakyat ketika ini antaranya kos sara hidup dan inflasi,

“Juga harus dibincangkan adalah mengenai pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesan beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika pandemik COVID-19 melanda, terpalit dengan rasuah,” menurut kenyataan tersebut pada Khamis.

Justeru, Majlis Presiden PH menggesa Perdana Menteri untuk bertindak secepat mungkin bagi membolehkan kesemua perkara ini dibahaskan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply