Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Jawatan Kabinet Zuraida akan diganti pemimpin BERSATU

Jawatan Kabinet Zuraida akan diganti pemimpin BERSATU

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota Kabinet.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nama calon tersebut akan dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin yang meletakan jawatanya semalam.

“Kita akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota Kabinet memandangkan kedudukan Zuraida sebagai Menteri adalah atas kuota BERSATU,

“Memandangkan beliau sudah membuat pengumuman menyertai PBM melalui satu kenyataan akhbar hari ini (Khamis), keahliannya dalam BERSATU gugur serta-merta mengikut Fasal 10 Perlembagaan BERSATU,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Pada Khamis, Zuraida mengumumkan hasratnya untuk meletakan jawatannya sebagai menteri Kabinet kerana ingin menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, keputusan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sebelum ini terdapat laporan mengatakan Zuraida terbabit secara langsung dalam penubuhan PBM dan mengambil bahagian dalam aktiviti parti berkenaan.

“Kedudukan Zuraida sebagai ahli BERSATU sudah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti baru-baru ini,” katanya.

Susulan itu katanya, satu surat tunjuk sebab bertarikh 9 Mei lalu dihantar kepada Ahli Parlimen Ampang itu dan beliau sudah menjawab surat tunjuk sebab berkenaan menerusi sepucuk surat bertarikh 23 Mei.

“Kedudukan Zuraida sebagai ahli BERSATU sudah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti baru-baru ini,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin turut mengucapkan terima kaish di atas segala sumbangan Zuraida kepada BERSATU selama ini. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply