Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan mesti tepati janji bela nasib veteran tentera – Ahli PVATM

Kerajaan mesti tepati janji bela nasib veteran tentera – Ahli PVATM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memohon agar kerajaan mempertimbangkan pemberian elaun sara hidup setiap bulan bagi mereka yang tidak berpencen yang kebanyakannya berusia 60 tahun ketas.

Pegawai Waran I (Bersara) Faizul Saad berharap agar elaun itu dapat diberikan kepada mereka yang telah banyak berkorban serta berjuang demi mempertahankan tanah air satu ketika dahulu.

“Kalau dapat alhamdulilah tapi setakat selama dalam perjuangan ini dah sampai 100 tahun, nak cakap takut ada orang yang jatuh hati,

“Tapi kalau daripada segi pentadbiran pusat ke negeri-negeri mengikut pandangan saya ia bagus dan ada kebaikan,

“Kami dahulu berjuang di perbatasan, di dalam hutan selama berbulan-bulan. Kami terpaksa tinggalkan anak, isteri termasuklah ibu bapa demi negara,

“Jadi kalau betul-betul kerajaan hendak membantu kami, tolonglah kami dengan sedaya upaya pemimpin kita untuk meringankan beban kami,” jelasnya kepada pemberita.

Faizul yang sudah bersara selama 21 tahun ini turut berharap agar isu berkenaan veteran seperti pelarasan gaji dikaji semula bagi meringankan beban mereka dalam mencari pendapatan tetap.

“Memandangkan dengan keadaaan ekonomi sekarang, keperluan semakin meningkat,

“Macam saya pesara pada tahun 2001, kalau 2001 sampai sekarang sudah 21 tahun, tetapi pencen masih setakat itu sahaja,

“Jadi kalau boleh, kami mintak dari kerajaan pertimbangkan dan mempercepat hajat dari veteran-veteran seperti kami yang sudah berkorban demi negara,

“Kalau boleh isu kenaikan gaji atau elaun saraan hidup diberikan bagi mereka yang tidak berpencen,” tambahnya.

Sabtu lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa Majlis Hari Ulang Tahun ke-100 PVATM memaklumkan akan mengumumkan berita gembira buat veteran tentera dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan aspek kebajikan dan pembelaan terhadap veteran akan tetap diteruskan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply