Home Semasa Pelajar gaduh: Polis buka kertas siasatan, kenal pasti punca

Pelajar gaduh: Polis buka kertas siasatan, kenal pasti punca

by Nurulhuda

SANDAKAN, 25 Mei – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan beramai-ramai membabitkan pelajar sekolah yang tular di media sosial, pada Selasa.

Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada jam lebih kurang 2 petang di Jalan Elopura, bandar Sandakan.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pergaduhan serta mereka yang terlibat.

“Pihak polis sedang mengesan kesemua pelajar yang terlibat bagi memberi keterangan dan membantu siasatan,

“Kami membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Fuad turut menasihati kepada orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut.

“Ia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta dibimbangi boleh menggangu siasatan yang dijalankan oleh pihak polis,” tambahnya.

Semalam, tular di media sosial, sekumpulan pelajar sekolah menengah bergaduh sesama sendiri.

Bagaimanapun sehingga kini, belum dipastikan sama ada kejadian itu membabitkan sebarang kecederaan atau tangkapan oleh pihak polis. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply