Home Semasa COVID-19: PM terima anugerah ijazah kehormat doktor perubatan dari Universiti Nihon

COVID-19: PM terima anugerah ijazah kehormat doktor perubatan dari Universiti Nihon

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Universiti Nihon, Jepun, pada Selasa.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden Universiti Nihon, Dr Naoto Kaoto Sakamoto berikutan kejayaan Malaysia dalam memerangi dan menangani pandemik COVID-19.

“Sesungguhnya anugerah ini bukanlah untuk saya sahaja, tetapi merupakan pengiktirafan buat seluruh Keluarga Malaysia yang telah bersama-sama berperang dengan COVID-19,

“Peperangan menentang COVID-19 ini merupakan cabaran yang besar dan mencabar,” katanya ketika dalam hantaran di laman Facebook rasminya, semalam.

Menurutnya lagi, Bloomberg dan Nikkei turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara terbaik dalam melawan pandemik COVID-19.

“Anugerah ini akan terus dikenang sebagai simbol yang mencerminkan ikatan persahabatan erat antara Malaysia dan Jepun,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply