KUALA LUMPUR, 30 Mei – Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin berpura-pura dalam menyatakan sokongan kepada kerajaan Ismail Sabri.
Beliau dalam satu hantaran di media sosial mengulas laporan media tempatan yang memetik kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa terdapat 119 ahli parlimen menyokong Muhyiddin.
“Shafie Apdal dedahkan bahawa Muhyiddin telah bersetuju untuk berpakat dengan Anwar,
“Kononnya mereka sudah kumpul sokongan 119 ahli parlimen,
“Suruh Shafie Apdal sokong untuk tumbangkan PM Ismail dan sokong Muhyiddin jadi PM semula. Takkan presiden parti Warisan menipu benda macam ini?,” kata Najib, hari ini.
Beliau menambah, Muhyiddin secara senyap cuba menumbangkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri.
“Depan PPBM, PH kata sokong kerajaan dan tandatangan MoU. Belakang pula, mereka senyap-senyap kumpul sokongan ahli parlimen untuk tumbangkan Ismail Sabri,
“Jika sudah ada sokongan 119 ahli parlimen maka dia patut tekan butang dengan segera. Malu apa, Abah kau? – airtimes.my