Home Pertahanan dan Keselamatan Op Noda: Polis tahan 8 individu termasuk 2 wanita warga asing

Op Noda: Polis tahan 8 individu termasuk 2 wanita warga asing

by Air Times News Network

CHERAS, 25 Mei – Seramai 8 individu termasuk 2 wanita berjaya di tahan dalam serbuan Op Noda di sebuah premis hiburan yang beroperasi di Pusat Perdagangan Bandar Bukit Jalil, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, 8 orang tersebut adalah seorang lelaki warganegara, 5 lelaki bukan warganegara dan 2 perempuan bukan warga negara berusia antara 23 hingga 35 tahun.

Dalam serbuan pada jam 10.25 malam itu, pihak polis turut merampas 7 botol minuman keras pelbagai jenama serta beberapa barangan elektronik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, Seskyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Imigresen 1959 (Pin 2002),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius sebarang aktiviti menyalahi undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang terlibat.

“Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang, boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply