Home Semasa COVID-19: 27,500 jangkitan baharu, 360 terima rawatan di ICU

COVID-19: 27,500 jangkitan baharu, 360 terima rawatan di ICU

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjelaskan, sebanyak 27,500 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Rabu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan akibat wabak itu di negara ini meningkat kepada 3,496,090 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 27,072 jangkitan merupakan kes tempatan dan 428 adalah kes import.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 27,311 kes yang dilaporkan atau 99.31 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala serta bergejala ringan manakala sebanyak 189 kes atau 0.69 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5,

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 18,019 kes atau 65.52 peratus adalah pesakit COVID-19 kategori 2, sementara 9,292 kes atau 33.79 peratus adalah pesakit kategori satu,

“Bagi kategori 3, terdapat 71 kes (0.26 peratus); kategori 4 dengan 38 kes (0.14 peratus) dan bagi kategori 5 adalah sebanyak 80 kes (0.29 peratus),” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 189 kes bagi pesakit kategori 3 hingga 5, 25 kes atau 13.23 peratus dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“Sebanyak 89 kes atau 47.09 peratus sudah menerima 2 dos vaksin COVID-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Manakala, 38 kes pula sudah menerima dos penggalak,

“Selain itu, 108 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan 48 kes lagi mempunyai komorbid dan 6 kes ibu mengandung,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 9 kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 475.

“Sebanyak 360 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 139 daripadanya disahkan COVID-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 221,” katanya lagi.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 194 kes memerlukan bantuan pernafasan pula, di mana, 77 kes disahkan COVID-19 dan 117 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Mengulas mengenai penggunaan kapasiti katil hospital pula, beliau menjelaskan, 9 negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU bagi pesakit COVID-19.

“Dimana Putrajaya mendahului sebanyak 67 peratus, Perlis (64 peratus), Kelantan (60 peratus), Johor (59 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus), Sabah (55 peratus), Melaka (53 peratus), Selangor (51 peratus) dan Pulau Pinang (50 peratus),

“Manakala, katil bukan ICU pula, Selangor mencatatkan (113 peratus), WP Kuala Lumpur (106 peratus, Perak (102 peratus), Kelantan (93 peratus), Perlis (91 peratus), Pahang (70 peratus), WP Putrajaya (67 peratus), Johor (66 peratus), Sarawak (64 peratus), Pulau Pinang (61 peratus), dan Sabah (53 peratus),

“Katil untuk Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) pula terdapat hanya 1 negeri iaitu Melaka (61%) dengan menunjukkan peratusan pengisian lebih 50 peratus,

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 194 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 40 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, negara merekodkan sebanyak 27,557 kes sembuh pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,169,669 kes setakat ini.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply