Home Semasa 7 rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang dibenar masuk Filipina

7 rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang dibenar masuk Filipina

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Seramai 7 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino akibat kelayakan vaksin COVID-19 digital mereka tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina sudah dibenarkan memasuki republik itu.

Wisma Putra menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, ia hasil tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila.

“Wisma Putra sukacita dimaklumkan bahawa 7 warga Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah dibenarkan memasuki Filipina, berikutan tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila. Kudos team @myembassymanila!,” katanya pada Isnin.

Terdahulu, seramai 15 pelancong Malaysia dilapor terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila selepas kumpulan itu tidak dibenarkan memasuki Filipina oleh pihak imigresen berikutan menerima vaksin di Malaysia.

Bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan jumlah sebenar ialah 7 orang dan bukan seperti dilaporkan.

Mereka tidak dibenarkan masuk ke republik itu dan dimaklumkan bahawa sijil vaksin digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera bukanlah bukti vaksinasi yang boleh diterima.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply