Home Pertahanan dan Keselamatan 2,025 karton rokok seludup dirampas, 2 ditahan

2,025 karton rokok seludup dirampas, 2 ditahan

by Nurulhuda

SEREMBAN, 15 Feb – Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri telah menahan 2 lelaki tempatan dan menumpaskan rangkaian sindiket yang menjalankan aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai di sebuah premis di kawasan Perindustrian Oakland, pada Ahad.

Briged Tengah PGA menerusi hantaran di media sosialnya berkata, hasil serbuan keatas premis tersebut telah mendapati sejumlah 2,025 karton (379,900 batang) rokok dipercayai rokok tidak bercukai.

Manakala, jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk sebuah lori adalah dianggarkan sebanyak RM501,979.50.

“Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok seludup di sekitar Seremban, Negeri Sembilan dengan menjadikan premis sebagai stor penyimpanan rokok yang tidak bercukai,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan suspek ditahan reman (14 hari ) sehingga 27 Februari 2022 bagi membantu siasatan,” jelas hantaran itu.

Pada masa yang sama, pihak Polis menyeru masyarakat agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada pihak berkuasa.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply