Home PolitikBarisan Nasional UMNO takut individu macam Hamzah – Puad

UMNO takut individu macam Hamzah – Puad

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Feb – “UMNO tidak takut pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). UMNO hanya takut pada individu macam Hamzah,”jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Fuad menjelaskan, partinya tidak takut pada PPBM kerana UMNO tahu apa yang sedang berlaku pada PPBM di Johor.

“UMNO tidak takut pada PPBM,

“UMNO tahu berapa jumlah Cawangan dan ahli PPBM di Johor. Boleh dibilang dengan jari,” jelasnya menerusi hantaran di media sosialnya pada Selasa.

Sebaliknya, ujar beliau, UMNO hanya takut pada individu macam Datuk Seri Hamzah Zainudin yang suka jadi katak dan mempengaruhi orang jadi katak serta tikam belakang seperti di Sabah.

“Tidak mustahil Muhyiddin mangsa seterusnya,” ujar beliau.

Mohd Puad mengulas ucapan Hamzah semasa menghadiri majlis penyerahan Program Kotak Prihatin kepada Pertubuhan Pemandu Teksi Johor Bahru di Bandar Baru Uda pada Sabtu lalu.

Dalam ucapan itu, Hamzah yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, gabungan itu yakin menang besar dalam Pilihan Raya Negeru (PRN Johor), mengulangi kejayaan yang dikecapi mereka dalam PRN Sabah 2 tahun lalu.

Keyakinan itu dizahirkan pada ‘sambutan luar biasa’ terhadap program yang dihadirinya itu.

“Rakyat akan bersama-sama kita untuk membuktikan bahawa kita adalah yang lebih baik bagi mencapai kemenangan yang besar pada PRN Johor ini sekali gus mengulangi kejayaan PRN Sabah,

“Bukan hanya di Johor, bahkan PN akan bangkit untuk tentukan masa depan rakyat di negeri ini,

“Saya lihat sambutan hari ini cukup luar biasa, jika UMNO tak takut saya tak tahulah,” jelas Hamzah. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply