Home SemasaGlobal Rayan disahkan sudah meninggal dunia

Rayan disahkan sudah meninggal dunia

by Air Times News Network

MAGHRIBI, 6 Feb – Kanak-kanak 5 tahun yang terjatuh dalam sebuah perigi sedalam 32 meter berhampiran bandar Chefchouen, Maghribi sejak Selasa lalu dilaporkan meninggal dunia.

Menurut laporan media antarabangsa, berita kematian Rayan Awram telah disahkan Istana Diraja Maghribi pada Sabtu.

Dilaporkan, Rayan sudah meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi tersebut.

Raja Maghribi Raja Mohammed V1 dilaporkan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan.

Terdahulu, Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak Selasa. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply