Home Semasa Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 9 negeri hingga 8 malam ini

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 9 negeri hingga 8 malam ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi 9 buah negeri sehingga jam 8 malam ini.

Negeri yang terlibat adalah di Perak (Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

Selain itu, seluruh kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya juga mengalami rebut petir, hujan lebat dan angin kencang.

“Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin); Melaka; Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Pakan dan Julau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Marudi) dan Limbang serta Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod),” kata MetMalaysia dalam kenyataan, hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan yang dijangka berlaku di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Klang dan Kuala Langat); Johor (Pontian dan Johor Bahru); Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu) dan Labuan sehingga 9:00 malam ini.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply