Home SemasaGlobal Imbangi perlumbaan senjata Serbia, Croatia belanja US$1.2 bilion beli 12 jet Rafale

Imbangi perlumbaan senjata Serbia, Croatia belanja US$1.2 bilion beli 12 jet Rafale

by M.Daim

ZAGREB, 26 Nov – Kerajaan Croatia telah menandatangani kontrak perolehan 12 buah jet pejuang Rafale dari Perancis.

Kontrak perolehan tersebut bernilai US$1.2 bilion.

Pihak Dassault Aviation dalam satu kenyataan berkata, kontrak tersebut ditandatangani semasa lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke Croatia.

“Kontrak antara kerajaan ini melibatkan pemberian 12 buah jet pejuang Rafale dari Tentera Udara Perancis bersama peralatan yang berkaitan,

“Ini termasuk pakej latihan yang ditawarkan kepada Croatia,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, kontrak tersebut turut merangkumi khidmat sokongan logistik termasuk alat ganti tambahan untuk pesawat untuk tempoh 3 tahun.

Sementara itu, media Perancis melaporkan 6 pesawat pertama Rafale akan diterima oleh Croatia mulai tahun 2024.

Perolehan Rafale dilakukan bagi ganti peranan MiG-21 yang dioperasikan oleh Croatia. Kebanyakan pesawat MiG-21 yang digunakan oleh negara Balkan itu adalah rampasan dari tentera Yugoslav pada era 1990-an.

Croatia merupakan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dan Kesatuan Eropah yang sedang menghadapi tekanan perlumbaan senjata dengan negara jirannya, Serbia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply