Home Semasa Pindaan Perlembagaan Persekutuan takrif semula status Sabah, Sarawak akan dibentang

Pindaan Perlembagaan Persekutuan takrif semula status Sabah, Sarawak akan dibentang

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menyatakan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung status kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia akan dibentangkan dalam Parlimen.

Beliau dalam hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) telah bersetuju dengan pindaan rang undang-undang (RUU) pada Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.

“MKMA63 telah bersetuju dengan cadangan untuk mentakrifkan semula maksud Persekutuan Malaysia yang meletakkan status Sarawak dan Sabah sejajar dengan Perjanjian Malaysia1963 (MA63) iaitu sebagai rakan sekutu,

“Cadangan ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, yang juga merupakan pengerusi MKMA63,” katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply