KUALA LUMPUR, 20 Okt – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas satu episod perebutan kuasa yang tiada kesudahan.
Pengasas Bersama, Amir Abd Hadi berkata, walaupun MUDA tidak bersetuju pilihanraya dilaksanakan dalam masa negara masih berdepan dengan proses pemulihan pandemik COVID-19.
“Saya percaya MUDA telah bersedia untuk meletakan calon di mana-mana kerusi dalam PRN ini jika rasa perlu,
“Perkembangan semasa berkait isu di negeri Melaka, termasuk kumpulan pengkhianat yang diangkat menjadi hero perlu diambil kira dalam proses negosiasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas 4 wakil rakyat termasuk bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadap kerajaan negeri. -airtimes.my