Home Pertahanan dan Keselamatan APMM patahkan cubaan seludup dadah bernilai RM1.33 juta

APMM patahkan cubaan seludup dadah bernilai RM1.33 juta

by Air Times News Network

BATU PAHAT, 20 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Batu Pahat berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM1.33 juta di perairan Muar, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, dadah seberat 23 kilogram itu disembunyikan di sebalik longgokan tiang kayu perangkap ikan atau togok.

Beliau menjelaskan, pihaknya telah mengesan satu objek yang mencurigakan berbentuk bungkusan plastik hitam ketika sedang melakukan rondaan di sekitar perairan Muar.

“Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan tersebut telah menemukan 23 bungkusan teh Cina berwarna hijau mengandungi dadah jenis syabu, pil ekstasi dan Erimin 5,” jelasnya dalam sidang media, pada Rabu.

Nurul Hizam turut menjelaskan, pihaknya tidak menemukan sebarang petunjuk lain mahupun suspek disekitar kawasan berkenaan.

“Kami percaya, dadah ini sengaja ditinggalkan di atas togok sebelum bekalan itu diambil pihak ketiga bagi tujuan penghantaran ke destinasi,

“Taktik ini agak baharu digunakan kerana ini kali kedua kami menemui dadah dengan cara sedemikian,” tambahnya.

Menurutnya lagi, pihaknya akan terus meningkatkan kawalan sempadan dan keselamatan di perairan termasuk rondaan dengan lebih kerap di lokasi-lokasi tumpuan sasaran sindiket.

Dalam masa sama, Nurul Hizam menjelaskan, sebanyak RM7.9 juta nilai keseluruhan dadah telah berjaya dirampas pihak APMM tahun ini di sekitar Johor Bahru dan 5 lagi di daerah ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?