Home Semasa Perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang, polis terima 206 laporan – KPN

Perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang, polis terima 206 laporan – KPN

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 206 laporan berhubung perhimpunan oleh Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka yang membantah penangguhan sidang Parlimen pada Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan bagi laporan yang diterima dan akan memanggil individu terbabit bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,

“Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 21a Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, Acryll Sani mahu kesemua individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

Acryl Sani berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa Setiausaha Dewan Rakyat ada mengemukakan pemberitahuan kepada Ahli Dewan Rakyat bahawa persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada semalam ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Penangguhan itu adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19.

“KKM berpendapat bahawa Parlimen adalah lokaliti berisiko untuk penularan jangkitan COVID-19,” tambhanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat pada kelmarin bahawa satu perhimpunan akan diadakan di kawasan Parlimen pada Isnin.

“Mengambil kira bahawa pada tarikh berkenaan tiada sidang Parlimen berlangsung kerana ia ditangguhkan dan tiada kewajaran untuk Ahli Dewan Rakyat berada di Parlimen, maka polis mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan sebarang perhimpunan daripada diadakan,

“Menurut undang-undang berkenaan bertarikh 4 Julai lalu memberitahu berhimpun dan berarak adalah aktiviti yang dilarang dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara,” jelasnya.

Difahamkan, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang dijangka akan memberi keterangan sehingga petang ini secara bergilir-gilir di Ibu Pejabat Dang Wangi berhubung perhimpunan tersebut. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply