Home Semasa Muhyiddin tiba di Istana Negara

Muhyiddin tiba di Istana Negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuang Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilal Shah, pagi ini.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki Pintu 1, Istana Negara pada jam 10.53 pagi tadi.

Terdahulu, sekumpulan pengamal media menunggu di pintu masuk Istana Negara sejak pukul 7 pagi.

Keadaan sama berlaku sejak malam tadi apabila beberapa menteri dan pemimpin politik mengadakan perjumpaan bersama Muhyiddin di rumahnya.

Kediaman Perdana Menteri menjadi tumpulan selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam memutuskan menarik semula sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berkata, Surat Akuan Bersumpah penarikan balik sokongan kepada Muhyiddin turut dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Secara kebiasaannya, Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka Baginda pada setiap hari rabu sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung bagi menyembah maklum perkembangan pentadbiran negara.

Muhyiddin dijangka mengadakan Mesyuarat Pra-Kabinet pada jam pukul 12 tengahari di pejabatnya di bangunan Perdana Putra. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply