Home Semasa COVID-19: Kes baharu kekal angka 9 ribu, Melaka catat peningkatan mendadak

COVID-19: Kes baharu kekal angka 9 ribu, Melaka catat peningkatan mendadak

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Jul – Kes baharu positif COVID-19 di negara terus menunjukkan peningkatan hari ini, dengan mencatatkan 9,353 kes jangkitan berbanding 9,180 kes pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, angka terbaharu itu hari ini menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan didalam negara adalah sebanyak 827,191 kes.

Selangor terus kekal mencatat kes harian jangkitan tertinggi dengan 4,277 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,398) dan Melaka (399) kes.

Selain itu, Negeri Sembilan (638); Johor (399); Kedah (364); Sarawak (352); Sabah (251); Pahang (247); Pulau Pinang (180); Perak (145); Kelantan (89); Labuan (82); Terengganu (50); Putrajaya (39); dan Perlis (4).

Semalam, jumlah kes harian yang direkodkan adalah 9,180 kes dengan 77 kematian dicatatkan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply