Home Semasa 12 kluster Aidilfitri dikesan selepas 14 Syawal – Dr Noor Hisham

12 kluster Aidilfitri dikesan selepas 14 Syawal – Dr Noor Hisham

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Sebanyak 12 kluster komuniti melibatkan sub kluster Hari Raya dikesan sehingga hari ke-13 iaitu pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu ciapan di akaun Twitternya berkata kluster komuniti itu melibatkan 7 negeri dan menjangkiti 470 kes COVID-19.

“Seramai 2,541 individu telah disaring dan satu kes disahkan meninggal dunia melibatkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor,” tambahnya.

Menurutnya, daripada kluster berkenaan juga, 2 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan Kluster Simpang Sahari di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Jumlah ini dijangka bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri,” jelasnya.

Hari ini, Malaysia sekali lagi mencatat kes positif COVID-19 baharu tertinggi dengan 7,478 kes direkodkan.

Noor Hisham berkata, keseluruhan jangkitan harian kini mencecah 533,367 kes dengan Selangor terus mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 2,455 kes.

Rekod tertinggi sebelum ini ialah 7,289 kes yang dicatatkan semalam. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply