Home Semasa Pengerusi Prasarana: Khidmat Tajuddin ditamatkan serta merta

Pengerusi Prasarana: Khidmat Tajuddin ditamatkan serta merta

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta merta.

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat yang dihantar oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tular di media sosial, hari ini.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta,” menurut surat tersebut.

Semalam, Tajuddin dikritik hebat selepas dilihat tidak serius dan berjenaka semasa mengendalikan sidang media berhubung kemalangan tren LRT Kelana Jaya yang menyebabkan 47 penumpang cedera parah, manakala 166 lagi cedera ringan di Stesen KLCC .

Perbuatan beliau, dilihat sebagai tidak profesional, biadab dan amat memalukan rakyat Malaysia.

Tajuddin turut disiasat polis ekoran tidak memakai pelitup muka ketika melakukan tinjauan di lokasi kejadian dan semasa sidang media.-airtimes.my

Surat yang dihantar oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tular di media sosial, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply