Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara 2 pesawat pejuang TUDM sertai latihan bersama Amerika Syarikat

2 pesawat pejuang TUDM sertai latihan bersama Amerika Syarikat

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Apr – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama tentera Amerika Syarikat telah melaksanakan Passing Exercise (PASSEX) siri 1/2021 pada 6 hingga 7 April lalu.

Latihan yang diadakan di sekitar Laut China Selatan itu memberi tumpuan kepada operasi udara bersama dan integrasi unit.

Secara keseluruhan, latihan ini turut menampilkan hubungan di antara kedua-dua negara dan keberkesanan angkatan tentera masing-masing.

Menerusi hantaran di media sosial rasminya, TUDM berkata, 2 pesawat tersebut telah melaksanakan penerbangan formasi bersama dengan United States Navy (USN) di atas kapal USS Theodore Roosevelt Carrier dengan jayanya.

Pesawat Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet melaksanakan penerbangan formasi bersama dengan United States Navy (USN) di atas kapal USS Theodore Roosevelt Carrier. Foto: TUDM

“Pesawat Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet mewakili TUDM, sementara USN diwakili oleh pesawat F/A-18 E/F dan EA-18G dari USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group (CVN 71),

“PASSEX pada kali ini yang memberikan tumpuan kepada ‘Dissimilar Basic Fighter Manoeuvre’ dan ‘Dissimilar Air Combat Tactics’,” kata TUDM.

Menurutnya, eksesais selama dua hari ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan.

“Eksesais selama dua hari ini berjaya memperlihatkan kerjasama di antara kedua-dua buah pihak iaitu TUDM dan USN dalam mewujudkan hubungan dua hala yang strategik,

“Selain daripada itu, pegawai dan anggota yang terlibat dapat berkongsi pengalaman serta ilmu pengetahuan dalam melaksanakan operasi bersama pada masa akan datang,” tambahnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply