Home Semasa 16 ahli Geng Nicky didakwa di mahkamah

16 ahli Geng Nicky didakwa di mahkamah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Apr – Seramai 16 orang ahli kumpulan jenayah terancang Geng Nicky telah dituduh di Mahkamah Seksyen Jenayah Petaling Jaya, hari ini.

Kesemua mereka termasuk 2 adik kepada ketua geng tersebut Datuk Sri Nicky Liow Soon Hee yang ditahan kerana menjalankan aktiviti pengubahan wang haram.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka dituduh dibawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana menjadi ahli kumpulan jenayah teracang.

Terdahulu kesemua 16 individu termasuk lima wanita ahli geng itu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira jam 8 pagi tadi diiringi anggota polis.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun,

“Pertuduhan mereka dibuat secara ‘in absebtia’ kerana kedua-dua masih lagi bebas, “ jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut berdepan pertuduhan sama 23 lagi ahli geng Nicky terdiri daripada 9 warganegara tempatan iaitu Datuk Lee Kum Weng, Datuk loo Siew Chin, Dr. Jovian Joris Tan Chern Chian, Lee Kam Onn, Lee Han Keat, Eee Eng Chee dan Lim Kang Li.

Selain itu, 4 warga China iaitu Jiang Xue, Gu Xing Qiong, Wang Yu Jun dan Huang Lei serta seorang juruaudit, Datuk Sri Andrew Lim Kim Ming turut berdepan pertuduhan yang sama.

Sebelum ini, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan sindiket pengubahan wang haram terbesar melalui Ops Pelican 3.0 yang dilaksanakan di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan 34 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa disyaki mempunyai hubungan dan melindungi kegiatan sindiket jenayah terancang ‘Geng Nicky’.

Nicky, 33, merupakan pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lepas. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply