Home Semasa 5 lokaliti di Pekan dikenakan PKPD mulai esok

5 lokaliti di Pekan dikenakan PKPD mulai esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Apr – Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 5 kawasan taman perumahan dan perkampungan di daerah Pekan, Pahang bermula esok sehingga 22 April 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu melibatkan pekerja kilang yang tinggal di Taman Mentiga Jaya, Taman perdana, Perkampungan peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.

Kelima-lima lokaliti dikenakan PKPD berikutan pengesanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai berlakunya penularan jangkitan COVID-19 di kawasan ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 495 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 67 kes positif COVID-19 telah direkodkan dari kluster ini,

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan berkenaan,” jelasnya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Menurutnya, PKPD pelaksanaan adalah untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply